Latar belakang Takkan_Merubah

"Takkan Merubah" menandakan kali pertama Sufian Suhaimi (kanan) dan Amira Othman (kiri) merakamkan lagu bersama-sama.[4]

"Takkan Merubah" menandakan buat kali pertama Sufian Suhaimi dan Amira Othman merakamkan lagu bersama.[4][5] Sufian mendedahkan dalam satu temubual bersama Berita Harian bahawa ini merupakan projek istimewa antaranya dengan Amira. Persediaan rapi juga dilakukan sebelum masuk ke studio rakaman. Proses rakaman lagu ini mengambil masa 8 jam untuk disiapkan.[6] Menurutnya: "Kami masuk studio pada 19 Ogos lalu untuk proses rakaman yang bermula jam 9 malam. Memandangkan ia kerjasama pertama saya dan Amira, kami perlu terlebih dahulu mencari titik keserasian. Biarpun mengambil sedikit masa, saya tidak kisah kerana setiap komposer mempunyai cara tersendiri untuk memastikan lagu yang dirakamkan memberikan kepuasan kepada semua yang terbabit,".[7]

Lagu ini juga merupakan kali pertama Amira menimba pengalaman bekerja dengan komposer Farouk dan Amylea. Amira berkata: "Pada mulanya, saya difahamkan pihak pengurusan bakal berduet dengan penyanyi wanita tetapi akhirnya digandingkan dengan Sufian. Walaupun ia kerjasama pertama menerusi projek lagu duet ini, kami juga sudah kenal lama dan sering berjumpa dalam majlis hiburan sebelum ini,". Menurut Amira, beliau dan Sufian banyak berbincang untuk memberikan hasil terbaik ketika proses rakaman lagu itu. Mereka berdua juga berusaha memberikan yang terbaik seperti dikehendaki komposer walaupun terdapat perbezaan dari julat vokal.[8] Majlis pelancaran single ini diadakan di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur.[3] "Takkan Merubah" juga layak dipertandingkan di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 yang berlangsung dari 20 hingga 22 November 2020.[9]

Rujukan

WikiPedia: Takkan_Merubah http://web.archive.org/web/20201113085504/https://... https://music.apple.com/sg/album/takkan-merubah-os... https://www.astroawani.com/video-malaysia/hlive-su... https://www.kopiplanet.com/sufian-amira-othman-dip... https://open.spotify.com/track/3vJ1HH8FfD08ZdNNQ9X... https://www.youtube.com/watch?v=HZZMsyBEEQY https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/09/494442/runut... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/11/637796/sfmm3... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/491923/8-j...